Monday, 2 January 2023

Cara Ajar Anak Membaca Di Rumah



1. Disiplin susun waktu untuk ajar anak membaca di rumah walau pun sekejap.
Disiplin kunci kejayaan apa sahaja perkara yang kita buat. Buat jadual aktiviti bersama anak dan tampal jadual tersebut. Lagi kerap kita lihat perkara itu, lagi ia melekat dalam kepala kita.

Paksa diri jika rasa malas atau terleka, cepat kembali kepada matlamat asal untuk lihat anak mahir membaca dan menjadi generasi celik ilmu pengetahuan.



Ibubapa bekerja perlu maksimakan penggunaan waktu sebaik mungkin untuk mengelak daripada berlaku pembaziran masa dengan perkara yang kurang penting.
Setiap hari luangkan masa untuk menyemak bacaan anak di rumah paling sekejap 15 minit. Biar sekejap tetapi kerap dan beterusan. Ia lebih baik daripada lama tetapi tidak kerap dan akhirnya anak akan cepat lupa apa yang diajar.

No comments:

Post a Comment

Program Bantu Anak Membaca

  HARI MALAYSIA PROMO SMS RM1 PROMOSI SEMINAR MEMBACA SITIKIDS (SMS) RM1 SAHAJAA terhad untuk 50 set sahaja. RISAU ANAK BELUM BOLEH MEMBACA...